Operasi Pencegahan Iran Berakhir, Serangan Balas Menanti – Mousavi

WorldPolitics
18 Jun 2025 • 8:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Operasi Pencegahan Iran Berakhir, Serangan Balas Menanti – Mousavi

TEHRAN, 18 Jun (Bernama) — Pengerusi Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak Jumaat lalu bertujuan memberi amaran sebagai amaran pencegahan, dan tindakan hukuman akan menyusul tidak lama lagi.

“Operasi ini berfungsi sebagai amaran pencegahan, dan tindakan punitif akan dilaksanakan tidak lama lagi,” lapor Agensi Berita Islam Iran (IRNA) memetik kenyataan beliau.

Mousavi turut menuduh Israel melanggar undang-undang antarabangsa berikutan serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan, yang telah meragut nyawa hampir 300 wartawan.

Beliau mengecam serangan Israel terhadap ibu pejabat Perbadanan Penyiaran Islam Iran (IRIB) di Tehran, yang disifatkan sebagai usaha terancang untuk membungkam media bebas.

“Israel menyerang petugas media IRIB secara kejam, mengabaikan sebarang undang-undang antarabangsa yang diiktiraf, semata-mata untuk menutup suara kebenaran,” tegasnya.

Beliau berkata, rakyat Iran bersama angkatan bersenjata negara itu akan bertindak bagi menuntut pembalasan terhadap darah mereka yang syahid.

Sumber: Bernama