Operasi penjaja: MPSepang keluar 9 notis kompaun di kawasan KIP Sentral

22 Nov 2025 • 3:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SEPANG, 22 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan sembilan Notis Kompaun (NTK) dan melaksanakan 10 sitaan dalam operasi penguatkuasaan di kawasan KIP Sentral, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata operasi dijalankan Unit Penguat Kuasa (Unit Malam Zon Selatan) itu turut disertai Unit Taskforce, Unit Penjaja, Unit Iklan dan Unit Tunda.

"Operasi ini memberi tumpuan kepada tindakan terhadap penjaja tidak berlesen.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 9 Notis Kompaun (NTK) dan 10 tindakan sitaan (Inventori) telah dilaksanakan ke atas penjaja di lokasi," katanya.

Tindakan sitaan dan kompaun dilaksanakan mengikut Peruntukan 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Perbandaran Sepang) 2007 - Menjaja tanpa lesen.

MPSepang turut menasihatkan penjaja agar mematuhi peraturan dan mendapatkan lesen sebelum menjalankan aktiviti perniagaan bagi mengelakkan tindakan kompaun atau sitaan.

"MPSepang akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi memastikan kawasan pentadbiran sentiasa bersih, teratur dan bebas daripada penjaja haram," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved