Operasi tanpa lesen sah, pusat hiburan di USJ 25 disita, ditutup - MBSJ

LocalEntertainment
8 Oct 2026 • 11:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Operasi tanpa lesen sah, pusat hiburan di USJ 25 disita, ditutup - MBSJ

SHAH ALAM, 8 OKT: Sebuah premis pusat hiburan di sekitar USJ 25, Subang Jaya disita dan ditutup selepas didapati menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan serta lesen hiburan yang sah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Susulan itu, MBSJ menyita peralatan dan barangan berkaitan aktiviti hiburan selain mengambil tindakan penutupan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta-merta.

"MBSJ akan terus mempergiat pemantauan serta operasi penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu, khususnya di kawasan komersial, bagi memastikan semua premis menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah," menurut pihak berkuasa tempata itu menerusi Facebook.

MBSJ turut mengingatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang aduan berkaitan pelanggaran peraturan melalui laman web rasmi MBSJ atau menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-8024 7700.

Image from: Operasi tanpa lesen sah, pusat hiburan di USJ 25 disita, ditutup - MBSJ
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyita dan menutup sebuah premis pusat hiburan di sekitar USJ 25, Subang Jaya yang didapati beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah pada 3 Oktober 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved