Operation Bluebird Mahukan Hak Milik Penggunaan Nama Twitter

TechnologyStartup
9 Dec 2025 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila Elon Musk mengambil-alih pengangan keatas platform media sosial Twitter, salah satu perkara pertama yang dilakukan oleh beliau ialah untuk menukar nama syarikat dan juga platform tersebut ke X.

Secara rasminya, nama Twitter sudah tidak digunakan lagi, dan jika anda ke laman web Twitter.com, ia akan dilencongkan ke X.com. Ini boleh dilihat sebagai Elon Musk tidak lagi mahu menggunakan nama Twitter untuk platform media sosial tersebut.

image is not available

Akan tetapi, ada sebuah syarikat pemula baru yang dinamakan Operation Bluebird yang dilihat mahu menghidupkan semula nama Twitter dengan memulakan platform media sosial mereka sendiri. Malah, mereka telah mendaftar laman web Twitter.new dengan logo burung biru yang cukup terkenal, tetapi kini dengan rekaan yang sedikit berbeza.

Operation Bluebird baru-baru ini telah memfailkan petisyen kepada US Patent and Trade Office melalui bekas peguam Twitter Stephen Coates yang telah meminta untuk penggunaan nama dan penjenamaan Twitter digunakan kerana X Corp (syarikat di sebalik X) tidak lagi menggunakan nama tersebut.

image is not available

Ia adalah menarik untuk melihat samada Operation Bluebird akan dibenarkan untuk menggunakan nama dan penjenamaan Twitter atau tidak, kerana Elon Musk mungkin tidak mahu syarikat lain menggunakan nama tersebut walaupun dia sendiri tidak mahu menggunakannya.

image is not available

Jika anda berminat, laman Twitter baru ini sudahpun membuka pendaftaran minat untuk mendaftar nama pengguna di platform tersebut, jika ia dibenarkan beroperasi.

View Original Article