Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

23 Nov 2025 • 2:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

TANGKAK, - Seorang operator kilang kerugian RM72,175 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 59 tahun itu mula terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah kononnya mengandungi wang AS$195,000 daripada seorang individu yang dikenalinya menerusi Facebook.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila merujuk hal berkenaan kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved