Oppo A18 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499

TechnologyDigital
23 Oct 2023 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A18 dilancarkan secara rasmi di Malaysia sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Ia dipasarkan sebagai sebuah peranti yang sesuai untuk kegunaan harian, pembelajaran dan hiburan dalam kelompok pengguna tertentu seperti pelajar atau keluarga.

image is not available

Bagi yang berminat peranti ini dijual pada harga RM499 dengan dua pilihan warna seperti Glowing Blue dan Glowing Black. Ketersediaan adalah bermula sekarang menerusi pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam mahupun luar talian.

image is not available

Untuk spesifikasi Oppo A18 menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Mediatek Helio G85, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB eMMC 5.1 dan bateri sebesar 5000mAh.

image is not available

Peranti juga memuatkan sistem dwi-kamera utama 8MP + 2MP dan kamera swafoto 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, sambungan bluetooth 5.3, kalis air IP54 dan menjalankan ColorOS 13.1.