Oppo A3 4G: Tahan lasak, lepas ujian ketenteraan, harga RM699 sahaja

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 11:57 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo A3 4G adalah alternatif lebih murah kepada Oppo A3 Pro 5G, telefon yang dilancarkan terlebih dahulu sekitar pertengahan Julai 2024. Oppo mendakwa yang telefon ini melepasi ujian piawaian ketenteraan dalam kategori tahan gegaran dan kali air serta debu pada tahap IP54.

image is not available

Harga dan spesifikasi Oppo A3 4G

Jadi, Oppo A3 4G ini adalah sebuah telefon sebesar 6.67" dan ia menggunakan panel IPS LCD beresolusi HD+ (1604 x 720). Kadar segar semula panel ini adalah 90Hz.

image is not available

Atas papan utama, Oppo A3 4G diperkasa Qualcomm Snapdragon 6s 4G Gen1 yang bergandingan bersama-sama RAM 8GB dan pilihan storan sama ada 128GB ataupun 256GB dan storan itu boleh diperluas melalui kad mikro-SD sekiranya diperlukan.

image is not available

Di bahagian kamera, ia ada dua kamera semuanya dengan satu berada di depan dan satu lagi di bahagian belakang. Kamera di belakang menggunakan sensor 50MP sementara untuk kamera depan, anda boleh gunakan kamera 5MP.

image is not available

Membekalkan bateri kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan 45W disokongnya. Blok pengecas disediakan di dalam kotak. Satu perkara menarik telefon ini adalah ia dilengkapi jek audio 3.5mm. Oppo juga memaklumkan bahawa antena NFC pada telefon ini direka untuk ia berfungsi 360 darjah tidak di sebelah mana telefon didekatkan pada mesin NFC.

image is not available

Oppo A3 4G ditawarkan pada harga RM699 untuk varian RAM 8GB serta storan 128GB. Satu lagi varian iaitu yang berstoran 256GB dijual pada harga RM799 namun varian ini akan mula dijual pada tarikh yang belum diumumkan.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi Oppo A3 4G untuk maklumat lanjut