Oppo A3 Pro 5G Berharga RM1,099 Di Malaysia – Ditawarkan Melalui Pakej CelcomDigi

TechnologyDigital
1 Jul 2024 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo mengumumkan ketersediaan peranti baharu A3 Pro di Malaysia. Dijual pada harga RM1099, ia boleh didapati secara eksklusif menerusi pakej pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Ini termasuklah Pakej Megajimat yang menawarkan peranti pada harga RM199 dengan kontrak selama 24 bulan. Sementara itu langganan kontrak selama 12 bulan pula akan memerlukan harga bayaran peranti sebanyak RM449/sebulan.

image is not available

Selain itu, peranti juga boleh didapati pada harga RM1/bulan dengan kontrak sehingga 36 bulan dengan pelan CelcomDigi ONE. Rebat RM10 sebulan turut diberi berdasarkan tempoh kontrak masing-masing. Kemudian internet 150GB 5G/4G yang ditawarkan melalui Pakej MegaJimat adalah termasuk kuota asas 90GB dan kuota tambahan 60GB selama 12 bulan. Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi CelcomDigi.

image is not available

Untuk spesifikasi peranti ini didatangkan dengan skrin 6.67″ LCD HD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 6300, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5,100mAh. Sistem kamera pula terdiri 50MP + 2MP yang kemudiannya diikuti dengan kamera swafoto 8MP.