Oppo Bekerjasama Dengan Google Untuk Tingkatkan Ciri AI Dalam Siri Find X9

TechnologyDigital
27 Oct 2025 • 3:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo mengumumkan kerjasama baharu dengan Google bagi penawaran ciri kecerdasan buatan (AI) terkini yang akan disertakan pada model Find X9 dan Find X9 Pro. Antara ciri utama ialah AI Mind Space yang membolehkan pengguna menyimpan kandungan skrin melalui tangkapan layar seterusnya membolehkan Gemini AI bertindak berdasarkan maklumat yang disimpan.

image is not available

Kandungan yang disimpan ini kemudiannya boleh dianalisis dan diuruskan oleh Gemini AI iaitu sistem AI generatif milik Google. Melalui integrasi ini, pengguna dapat berinteraksi dengan peranti secara lebih menyeluruh terutamanya dalam konteks pengurusan maklumat harian. Selain itu, peranti Oppo yang menjalankan ColorOS 16 turut menerima sokongan Gemini AI yang dipertingkatkan termasuk dalam aplikasi asal Oppo serta fungsi penyuntingan imej melalui Nano Banana AI.

image is not available

Pengguna siri Find X9 juga akan diberikan pelbagai ciri tambahan seperti AI Search, AI Call Summary, AI Recorder dan AI Writer yang direka untuk memudahkan tugasan harian serta meningkatkan kecekapan. Di samping itu, Gemini Live turut diperkenalkan sebagai ciri menarik yang menawarkan bantuan visual secara masa nyata terus pada skrin peranti.

image is not available

Semua ciri AI ini dibangunkan berasaskan AI Private Computing Cloud milik Oppo manakala perlindungan data disokong oleh Google Cloud. Sebagai tambahan, Oppo turut mengesahkan bahawa pembeli siri Find X9 akan menerima langganan percuma selama 3 bulan bagi Google AI Pro yang membolehkan mereka menikmati ciri premium Gemini AI tanpa sebarang kos tambahan.

Pelancaran global siri Find X9 dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2025.