Oppo Dan Hasselblad Teruskan Kerjasama – Teknologi Kamera Generasi Baharu Bakal Tiba Dalam Siri Find X9

TechnologyDigital
18 Jul 2025 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo kini mengesahkan bahawa kerjasama jangka panjang bersama jenama kamera ikonik Hasselblad akan diteruskan dengan fokus baharu terhadap pembangunan sistem pengimejan mudah alih generasi baharu. Pengumuman ini dibuat dalam satu acara khas sebagai tanda kesinambungan kerjasama yang telah bermula sejak beberapa tahun lalu.

image is not available

Kerjasama ini telah menghasilkan pelbagai inovasi dalam barisan telefon mercu Oppo termasuk teknologi warna semula jadi Hasselblad, mod potret khas, dan XPAN Mode untuk rakaman sudut lebar lebih sinematik. Dengan lanjutan kerjasama ini, kedua-dua jenama berhasrat untuk menolak sempadan pengimejan mudah alih dengan lebih jauh sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam fotografi telefon pintar.

image is not available
Oppo Find X8

Menurut Oppo dan Hasselblad, mereka sedang membangunkan sistem pengimejan mudah alih generasi baharu yang menggabungkan kepakaran warna dan karakter imej Hasselblad dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama sensor canggih Oppo. Sistem tersebut dijangka diperkenalkan pada telefon mercu akan datang khususnya dalam siri Find X9 dengan matlamat untuk menetapkan penanda aras baru dari segi kejelasan imej secara keseluruhan.