Oppo Dijangka Melancarkan Cip Pemproses Sendiri Menjelang 2024

TechnologyDigital
22 Feb 2023 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo telah mengeluarkan cip ISP MariSilicon X dua tahun lalu dan kemudiannya melancarkan cip MariSilicon Y untuk penstriman audio berkualiti tinggi. Muncul spekulasi ini mungkin langkah awal mereka untuk kemudiannya menghasilkan cip pemproses sendiri. Timbul ura-ura ini akan menjadi realiti seawal 2024.

image is not available

@CellPhoneChipExpert yang mempunyai rekod meniriskan maklumat Weibo mengatakan cip pemproses rekaan kendiri ini akan menggunakan teknologi 4nm. Cip ini turut hadir dengan sokongan 5G. Dalam laporan lain Oppo dipercayai melaburkan $1.4 billion untuk merealisasikan impian membangunkan cip kendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada syarikat seperti Qualcomm dan MediaTek.

Cip mungkin diperlihatkan penghujung tahun ini dengan peranti pertama menggunakannya dilancarkan 2024. Jika ura-ura menjadi kenyataan, Oppo akan mengikut langkah Apple, Huawei, Samsung, Google dan Xiaomi mempunyai cip rekaan sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved