Oppo Dilaporkan Menamatkan Pembangunan OxygenOS Dan Realme UI

TechnologyDigital
3 Jul 2026 • 9:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Dilaporkan Menamatkan Pembangunan OxygenOS Dan Realme UI

OxygenOS dan Realme UI didakwa bakal dihentikan pembangunannya. Perkara ini dijangka menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pengguna kerana ramai ingin mengetahui arah tuju seterusnya.

Ura‑ura yang kini tular mencuri perhatian apabila menyebut bahawa Oppo sedang merancang strategi utama untuk menggabungkan OnePlus dan Realme sepenuhnya ke dalam ekosistem Oppo, serta menggunakan ColorOS sebagai sistem Android tunggal bagi semua telefon baharu.

Image from: Oppo Dilaporkan Menamatkan Pembangunan OxygenOS Dan Realme UI

Dalam strategi ini, OnePlus akan menumpukan perhatian kepada pasaran India dan China, manakala Realme pula akan menghentikan operasi di China dan memberi fokus kepada pasaran luar. Di India pula, pusat servis OnePlus juga telah digabungkan ke dalam rangkaian servis Oppo.

Langkah ini dikatakan dibuat kerana menyokong 3 sistem operasi berbeza iaitu ColorOS, OxygenOS dan Realme UI memerlukan kos R&D yang besar. Malah, sejak tahun 2021 Oppo sudah mula menggabungkan kod asas OxygenOS dengan ColorOS. Oleh itu, ura‑ura ini dilihat sebagai kesinambungan daripada rancangan yang telah lama dirancang.

Image from: Oppo Dilaporkan Menamatkan Pembangunan OxygenOS Dan Realme UI

Jika benar, langkah ini akan menandakan berakhirnya era OxygenOS yang pernah dianggap sebagai standard terbaik Android serta membuka jalan kepada penggabungan penuh ekosistem Oppo. Malah, tanda‑tanda penggabungan juga sebenarnya sudah kelihatan sejak kebelakangan ini khususnya apabila produk Oppo mula dipromosikan di laman rasmi OnePlus di beberapa negara Eropah.

Bagi pengguna Realme pula, kesannya mungkin tidak begitu besar kerana Realme UI itu sememangnya berasaskan ColorOS. Hal ini menunjukkan bahawa strategi penggabungan Oppo bukan sahaja melibatkan perisian tetapi turut merangkumi aspek pemasaran dan pengedaran.

sumber – Exclusive: OxygenOS and Realme UI Being Discontinued

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved