Oppo Enco X3s Berharga RM599 Di Malaysia

LocalTechnology
28 Oct 2025 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo memperkenalkan fon telinga baharu Enco X3s, yang dijual pada harga RM599 di Malaysia. Fon telinga ini menawarkan audio berkualiti tinggi hasil talaan Dynaudio, sesuai untuk pengguna yang mengutamakan pengalaman bunyi premium.

image is not available

Enco X3s hadir dengan pemandu audio 11mm dan 6mm serta menyokong codec LHDC 5.0, AAC dan SBC. Oppo turut menambah ciri AI Translate supaya pengguna boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa sekali gus menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian dan ketika melancong.

image is not available
image is not available

OPPO menawarkan Enco X3s ini dengan bateri yang mampu bertahan 11 jam tanpa ANC dan sehingga 6 jam dengan ANC aktif. Selain itu, Oppo melengkapkan fon telinga  dengan perlindungan air dan habuk bertaraf IP55.