Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

Digital
16 Dec 2022 • 8:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain daripada Oppo Find N2, pengguna di China juga ada pilihan untuk dapatkan Oppo Find N2 Flip, telefon boleh lipat ala Galaxy Z Flip 4. Berbanding dengan Find N2, versi Flip ini berkemungkinan besar akan ditawarkan di luar pasaran China.

image is not available

Seperti Z Flip 4, Find N2 Flip menggunakan rekaan clampshell dan apabila dibuka, telefon ini mendedahkan panel paparan sebesar 6.8" dalam resolusi 2520×1080. Panel yang digunakan adalah daripad ajenis AMOLED LTPO 2 yang memiliki tahap kecerahan maksimum 1,600nits dengan kadar segar semula pelbagai antara 1 hingga 120Hz.

image is not available

Teknologi Felxion Hinge masih diguna pakai, sama sepeti Find N yang asal. Apa yang boleh pengguna jangkakan adalah tiada ruang seggang antara paparan bola telefon ini dilipat. Pengeluarnya juga memaklumkan yang kesan lipatan juga hampir tidak kelihatan.

Flexion Hinge membenarkan paparan dibuka dan kekal dalam pelbagai sudut iaitu antara 45 darjah hingga 120 darjah. Apabila telefon dalam keadaan terkatup, pengguna boleh berinteraksi menggunakan panel paparan 3.2" dengan resolusi 720×382 berkadar segar semula 60Hz.

Di jabatan pengimejan, sentuhan Hasselblad masih kelihatan pada sistem kamera Oppo Find N2 Flip. Sistem dwikamera belakang digunakan sebagai kamera utama dengan kamera pertama dibekalkan sensor 50MP F1.8 dengan kamera kedua sebagai penembak ultralebar dengan sensor 8MP F2.2.

image is not available

Hanya satu kamera selfie disediakan pada telefon ini iaitu yang berada di sebelah dalam dengan sensor 32MP. Tak perlu risau ketiadaan kamera selfie luar kerana kamera utamanya terletak di sisi skrin sekundernya.

Atas papan utama, Oppo tidak mengguna pakai cip daripada Qualcomm seperti Find N2 biasa. Sebaliknya, untuk telefon ini mereka menagih prestasi daripada cip MediaTek Dimensity 9000+ yang bergandingan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

image is not available

Memenuhi segala keperluan tenaga telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W. Seperti saudara lebih besarnya, telefon ini menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13 apabila keluar kotak.

Seperti yang dimaklumkan tadi, setakat ini Oppo Find N2 Flip hanya dijual dalam pasaran China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 256GB CNY5,999 (RM3,804)
  • RAM 12GB + Storan 256GB CNY6,399 (RM4,058)
  • RAM 16GB + Storan 512GB CNY6,999 (RM4,438)

Untuk perbandingan, harga semasa Galaxy Z Flip4 adalah RM4,099 (8+128), RM4,399 (8+256), dan RM4,899 (8+512).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.