Oppo Find N3 Malaysia: RM7,999 untuk telefon yang tiada IP68?

Digital
19 Oct 2023 • 4:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo hari ini mengumumkan kemas kini siri Find N mereka melalui pelancaran dua peranti boleh lipat iaitu Oppo Find N3 dan Oppo Find N3 Flip.

Harga jualan Oppo Find N3 di Malaysia

Oppo Find N3 ditawarkan pada harga RM7,999. Tempahan untuk memilikinya dibuka sehingga 27 Oktober 2023 ini.

image is not available

Penempah awal akan menerima beberapa manfaat menarik. Antaranya adalah tablet percuma, Oppo Pad Air (4+64GB) yang bernilai RM999.

Kemudian, mereka juga akan menerima jaminan ke atas paparan bernilai RM799. Akhir sekali mereka turut boleh menyertai program PWP untuk dapatkan jaminan tambahan bernilai RM599 pada harga RM299 dan casing bernilai RM199 pada harga RM99.

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Fold5:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – RM6,299
  • RAM 12GB + Storan 512GB – RM6,799
  • RAM 12GB + Storan 1TB – RM7,299

Buat yang berminat untuk dapatkan siri Oppo Find N3 yang terbaharu, anda boleh layari gedung dalam talian Oppo.

Spesifikasi Oppo Find N3

Oppo Find N3 adalah telefon boleh lipat gaya buku nota.

image is not available

Engsel pada Find N3 telah menerima pensijilan TUV Rheinland untuk kategori “Reliable Folding”. Ujian yang dijalankan ke atasnya 365,000 kali ujian buka tutup yang mensimulasikan penggunaan selama 10 tahun dengan purata buka dan tutup sebanyak 100 kali sehari.

image is not available

Dalam keadaan tertutup, ia ada skrin luaran sebesar 6.31" beresolusi FHD+ (2484 x 1116). Apabila dibuka, ia ada skrin yang lebih besar berukuran 7.82" berseolusi QXGA+ (2440 x 2268).

image is not available

Kedua-duanya menggunakan panel OLED dan memiliki tahap kecerahan sehingga 1,400nits.

image is not available

Di bahagian pengimejan, sistem kamera Hasselblad menjadi tunjang kepada Ippo Find N3.

image is not available

Ia ada 4 kamera belakang dengan 2 daripadanya adalah kaera telefoto dan satu 1 lagi ultralebar.

Kamera utamanya 48MP 24mm F.17 diikuti dengan kamera telefoto 3x yang mengguna pakai sensor 48MP. Kemudian, satu lagi kamera telefoto 6x diperkasa sensor 64MP diikuti kamera ultralebar 48MP yang boleh juga bertugas sebagai kamera mako.

image is not available

Di bahagian paparan luar dan dalam juga masing-masing ada satu kamera. Paparan luar menerima kamera 32MP manakala paparan dalam menerima kamera 20MP. Makanya, pada Oppo Find N3 ada 6 unit kamera kesemuanya.

image is not available

Atas papan utama, Oppo FInd N3 diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan dengan RAM 16GB LPDDR5x serta storan 512GB UFS4.0. Telefon ini mengambil tenaga daripada sistem bateri berkapasiti 4,805mAh yang boleh diisi dengan pengecas 67W SuperVOOC yang disediakan di dalam kotak.

image is not available

Oppo Find N3 tampil membawakan spesifikasi berkelas flagship. Walau bagaimanapun, pada harga hampir RM8,000 tapi masih tiada kekalisan air IP68 sedangkan pesaing mereka sepert Z Fold5 yang berharga lebih murah, ada IP68, sedikit merencatkan pertimbangan.