Oppo Find X10 Pro Max Bakal Hadir Dengan Tri‑Sensor 200MP

TechnologyDigital
7 Sep 2026 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X10 Pro Max Bakal Hadir Dengan Tri‑Sensor 200MP

Bulan ini dijangka menjadi antara yang paling sibuk dalam pasaran telefon pintar premium di China. Siri baharu Oppo Find X10 yang mula diacah melalui poster tular sudah pun mencuri perhatian ramai. Seperti generasi terdahulu, fokus utama siri ini kekal pada keupayaan kamera hasil kerjasama dengan Hasselblad, yang bertujuan menghasilkan imej lebih semula jadi serta warna yang seimbang.

Image from: Oppo Find X10 Pro Max Bakal Hadir Dengan Tri‑Sensor 200MP
Gambar sekadar hiasan – Oppo Find X9 Ultra

Bagi model Pro Max khususnya , ia dijangka menjadi tumpuan utama dengan tetapan kamera premium. Peranti ini bakal hadir dengan tri‑sensor sebesar 200MP, sistem Hasselblad Super Clear Camera serta lensa Danxia Color Restoration generasi kedua yang memberi penekanan terhadap hasil ketepatan warna dan imej semula jadi tanpa pemprosesan berlebihan.

Selain itu, lensa tersebut turut menawarkan 24 saluran pengambilan sampel bersama julat dinamik 15 hentian (stops) untuk penghasilan warna lebih tepat. Turut disertakan ialah teknologi LUMO Native Light & Shadow Engine yang berperanan untuk mengekalkan pencahayaan serta kontras semula jadi termasuk pada wajah dalam keadaan cahaya belakang.

Image from: Oppo Find X10 Pro Max Bakal Hadir Dengan Tri‑Sensor 200MP

Khabar angin turut menyebut bahawa kamera periskop pada model ini menggunakan telefoto 200MP (f/2.1), panjang fokus 70mm serta sokongan makro telephoto iaitu sesuatu yang jarang ditawarkan pada sistem kamera telefon pintar. Dari segi rekaan, siri ini dikatakan hadir dengan bonggol kamera besar berbentuk segi empat dengan bucu bulat yang menempatkan tri-kamera utama bersama satu bulatan tambahan di sisi kanan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, namun siri Find X10 jelas menjadi antara pelancaran yang paling dinanti dalam segmen telefon premium tahun ini.

Sumber – Weibo & Gsmarena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved