Oppo Find X6 Pro tapau Honor Magic5 Pro di carta teratas DxOMark

Digital
12 Apr 2023 • 12:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DxOMark telah menerbitkan skor penanda aras kamera untuk Oppo Find X6 Pro. Dengan skor 153, ia telah menggantikan Honor Magic 5 Pro (152) sebagai peneraju kamera telefon pintar. Dua kategori yang Oppo Find X6 Pro cemerlang adalah keadaan malap dan juga gambar potret berkumpulan.

image is not available

Skor 153 agak mengagumkan kerana iPhone yang paling hampir dengannya adalah iPhone 14 Pro Max dengan skor 146.

image is not available

Daripada sampel gambar malap, jelas kelihatan butiran sampel berjaya dirakamkan berbanding Apple iPhone 14 Pro dan Honor Magic 5 Pro.

image is not available

Dalam kategori gambar potret berkumpulan pula, pihak DxOMark melaporkan yang ia berjaya kekalkan tona warna merentasi warna kulit.

image is not available

Ketajaman subjek dalam potret juga baik bersama-sama dengan kesan bokeh lemak berkrim.

image is not available

Daripada segi spesifikasi kamera, Oppo Find X6 Pro menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk kamera-kamera belakangnya. Ia ada tiga buah kamera 50MP dengan kamera utamanya mengguna pakai sensor pengimejan 1" yang turut menjelaskan prestasi cemerlangnya dalam keawaan malam. Dua lagi kami belakangnya iaitu ultralebar dan juga telefoto masing-masing menggunakan sensor 1/1.56".

image is not available

Berita yang kurang menarik adalah, buat masa sekarang, Oppo Find X6 Pro cuma boleh dinikmati pengguna dalam pasaran China.

Sumber: DxoMark