Oppo Find X8 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 5:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X8 telah ditemui di laman pensijilan SIRIM sekaligus memberi petanda boleh ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd dengan kod nama CPH2651 (OPPO Find X8) sejak 1 Oktober 2024.

image is not available

Penemuan ini dianggap menarik memandangkan kali terakhir Oppo menawarkan siri Find X secara rasmi di Malaysia adalah pada tahun 2022 melalui Find X5 Pro. Selepas itu mengambil pendekatan lebih tertumpu pada segmen peranti boleh lipat bagi memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna global. Pelbagai usaha positif turut dilakukan dalam usaha mengukuh lagi segmen tersebut bagi memastikan target pengguna mendapat manfaat yang sepatutnya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Oppo Find X5 Pro

Rangkaian Find X8 baharu ini juga dipercayai boleh terdiri dengan versi standard dan pro. Persoalan juga tertumpu kepada perkakasan dalaman memandangkan peranti masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini. Ia turut dijangka lebih baik dari aspek sistem kamera dan prestasi melalui sokongan cip pemprosesan terkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved