Oppo Find X8s Diperlihatkan Dengan Tubuh Lebih Nipis

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maklumat terkini mendedahkan bahawa Oppo Find X8s akan mempunyai bezel yang nipis, dengan ketebalan tubuh yang seimbang pada kesemua sisi. Ia juga dikatakan lebih ringan berbanding iPhone 16 Pro, yang menjadikannya tampil moden tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan.

image is not available

Bonggol kamera juga lebih nipis sekali gus dapat menyediakan pengalaman pengguna lebih baik. Seperti mana diperlihatkan dalam imej promosi tertiris, rekaan Find X8s turut menampilkan konsep yang menyerupai sebuah vivo X200 Pro Mini sebelum ini.

image is not available

Walaupun butiran rasmi masih kurang jelas, ia dijangka menggunakan cip Mediatek Dimensity 9400+, paparan 6.3-inci dan bateri berkapasiti 5,700mAh dengan pengecasan pantas 80W. Ia juga dikhabarkan menawarkan kamera periskop Hasselblad, dan butang fizikal seakan Action Button yang ditawarkan oleh Apple sebelum ini. Tiada tarikh pelancaran rasmi diketahui dan sama-sama nantikan kemaskini daripada Oppo sendiri.