
Oppo pula mengumumkan bahawa Oppo Find X9 Ultra akan dilancarkan secara rasmi di peringkat global di MWC Barcelona awal bulan ini. Langkah ini menjadi pencapaian besar kerana buat pertama kali siri Ultra ditawarkan kepada pengguna di luar China. Kini mereka mengesahkan Find X9 Ultra akan dilancarkan pada bulan April depan sekali lagi dengan sistem kamera Hasselblad.

Sebelum ini Oppo menegaskan Find X9 Ultra hadir dengan sistem pengimejan paling canggih yang pernah dibangunkan untuk sebuah telefon pintar. Sistem ini menggabungkan inovasi optik generasi baharu bagi memastikan pengalaman kamera yang luar biasa. Selain itu, pelancaran global Find X9 Ultra menunjukkan komitmen jangka panjang Oppo terhadap pasaran antarabangsa.
Sistem pengimejan ini dibangunkan bersama Hasselblad dan mengintegrasikan teknologi paling canggih yang pernah dihasilkan Oppo untuk telefon pintar. Walaupun spesifikasi penuh masih belum diumumkan, ia pasti setanding dengan peranti mercu yang lain serta siri Find X9 yang dilancarkan penghujung tahun lalu.


