OPPO Malaysia Mengadakan Football Fever Mid-Year Sale Menjelang Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA

TechnologyDigital
14 May 2024 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menghampiri pertengahan tahun 2024 memberi makna perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) juga semakin hampir. Sempena dengan itu OPPO kini hadir dengan promosi Football Fever Mid-Year Sale 2024 untuk semua peminat OPPO di seluruh Malaysia bermula dari 10 Mei hingga 9 Jun. Promosi yang berlangsung selama 31 hari ini menawarkan Flash Sale, penawaran model telefon terbaru daripada OPPO dan penurunan harga.

image is not available

Sempena jualan kilat yang ditawarkan, pembeli boleh menikmati rebat tunai sehingga RM100 menerusi pembelian OPPO Reno 11 dan OPPO Reno 11 F yang masing-masing kini berharga RM1799 dan RM1299. Bukan itu sahaja, potongan harga untuk model OPPO A79 juga diberikan menjadikannya kini boleh dibeli pada harga RM999 sahaja dengan potongan harga sebanyak RM200.

image is not available

Model terbaharu yang diperkenalkan sempena Football Fever Mid-Year Sale 2024 ini pula ialah OPPO A60 dengan rekaan premium dengan ciri Paparan Ultra-Cerah 950 nit dan ciri Splash Touch. Menariknya lagi, model terbaru daripada Oppo ini juga memiliki pensijilan US Military-Grade Shock Resistance yang menjadikannya cukup tahan lasak. Kini ia boleh dibeli menerusi penawaran dua jenis varian iaitu 8GB+128GB (RM699) dan 8GB+256GB (RM799).

image is not available

Akhir sekali, menerusi promosi ini, penurunan harga turut diberikan kepada pelanggan bagi beberapa jenis model, antaranya ialah OPPO A38 dan OPPO A18 yang boleh dibeli pada harga yang lebih murah dan tidak merabakkan poket dengan rebat tunai RM50, menjadikan masing-masing kini hanya berharga RM549 dan RM459.

Jika berminat, kesemua jenis telefon pintar ini boleh dibeli di Shopee, Lazada, Tiktok Shop, peruncit sah OPPO, My OPPO Space dan Oppo Brand Stores. Maklumat penuh mengenai promosi boleh lihat di sini.