Oppo Menamatkan Sokongan Storan Awanan Untuk Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
19 Oct 2023 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo kini mengumumkan mereka tidak lagi meneruskan perkhidmatan storan awanan HeyTap Cloud, sekaligus pengguna tidak lagi boleh menggunakannya dalam melakukan salinan pendua ke simpanan awanan bagi aplikasi Photos, Recorder dan Private Safe.

Disamping sokongan sync, pengguna juga tidak lagi boleh menggunakan sokongan Cloud Backup dan juga Cloud Drive pada peranti Oppo mereka.

image is not available

Anda yang menggunakan perkhidmatan storan awanan Oppo ini, anda akan dipulangkan kembali wang (sekiranya melanggan pelan berbayar), disamping diminta untuk memuat-turun data daripadanya secepat mungkin.

Selepas tarikh 7 Mei 2024, pengguna tidak lagi boleh melakukan muat-turun data daripada storan awanan berkenaan, dan semua data di HeyTap Cloud akan dipadam. Selepas 7 Mei 2025 pula, pengguna tidak lagi boleh melakukan restore data dari Cloud Backup atau muat-turun dari Cloud Drive.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna peranti Oppo diminta untuk melihat kepada beberapa perkhidmatan alternatif lain, seperti Google Drive dan lain-lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved