Oppo Mengesahkan Kehadiran A5 Pro Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
10 Mar 2025 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A5 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia melalui beberapa kemas kini baharu yang dikongsi di laman Facebook rasmi mereka. Peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP66, IP68, dan IP69 yang sepatutnya mampu memberikan perlindungan dalam pelbagai keadaan. Selain itu, ia juga menerima persijilan Military-Grade Shock Resistance yang memastikan peranti ini tahan terhadap impak jatuh serta calar menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan.

Halaman rasmi turut diterbitkan tanpa sebarang maklumat berhubung spesifikasi. Seandainya sama dengan variasi Global, peranti ini boleh dilengkapi dengan skrin LCD 120Hz, cip Dimensity 6300, kamera utama 50MP, bateri berkapasiti 5,800mAh dan perisian ColorOS 15.