Oppo Pad 2 Melepasi SIRIM Di Malaysia Menunjukkan Pelancaran Semakin Hampir

TechnologyDigital
30 Mar 2023 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo Pad 2 telah dilancarkan di China minggu lalu dengan peningkatan ketara berbanding generasi sebelum ini. Misalnya seperti skrin beresolusi 2.8K Ultra HD 144Hz, cip MediaTek Dimensity 9000, bateri 9510mAh dan sistem pengecasan 67W.

image is not available

Terkini tablet ini telah ditemui menerusi laman SIRIM di Malaysia. Ia disenaraikan dengan nombor model OPD2202 (OPPO Pad 2) yang didaftarkan oleh pihak JIE BUSINESS SDN BHD pada 28 Mac 2023. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa pelancarannya untuk pasaran Malaysia mungkin berlangsung dalam masa terdekat.

image is not available

Hal ini didapati agak menarik memandangkan generasi terdahulu tidak ditawarkan di Malaysia, sebaliknya mereka hanya hadir dengan Oppo Pad Air yang merupakan tablet untuk kegunaan ringan. Seperkara yang turut menjadi persoalan, adakah perkakasan dalamannya juga akan dikekalkan seumpama variasi di China atau sebaliknya? Begitu juga dengan tarikh pelancarannya yang juga masih misteri.