Oppo Pad 3 Matte Display Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada RM1,999

TechnologyDigital
7 Jan 2025 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran di Malaysia turut menyaksikan kemunculan tablet generasi baharu Oppo Pad 3 Matte Display Edition. Tarikan utama pada tablet ini adalah paparan dengan lapisan Anti-Reflective Matte Display menjadikan ia sesuai digunakan dalam pelbagai situasi. Selain itu mempunyai perkakasan dan perisian terkini untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

Menyentuh aspek spesifikasi, tablet ini menggunakan skrin LCD (LTPS) 2800 x 2000 piksel sebenar 11-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 8350, memori 12GB RAM dan storan 512GB. Terdapat juga kamera belakang dan hadapan dengan resolusi 8MP. Selain itu dibekalkan bateri 9,520mAh, pengecasan pantas 67W, empat pembesar suara dan menjalankan ColorOS 15. Oppo Pad 3 Matte Display Edition dijual di Malaysia pada RM1,999 sebuah.

image is not available

View Original Article