Oppo Pad 3 Pro Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 3 Dan Berharga RM3,299

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo melancarkan dua peranti pintar mercu menerusi siri Find X yang menampilkan spesifikasi terkini di samping keupayaan lebih baik. Selain itu, Oppo Pad 3 Pro turut diumumkan dengan kelainan dari aspek padanan spesifikasi berbanding generasi sebelum. Ini termasuklah penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB digunakan sekali gus membolehkan pengguna nikmati pengalaman mudah alih yang lancar.

Ia juga mempunyai skrin IPS LCD (3000 x 2120 piksel) 12.1-inci dengan kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 900 nits, nisbah aspek 7:5 dan Dolby Vision. Selain itu dilengkapi tetapan kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 8MP. Di samping bateri berkapasiti 9510mAh yang boleh dicas melalui sistem pengecasan pantas 67W dan port USB-C. Harga jualan rasmi adalah RM3,299 sebuah dengan pilihan warna Starlit Blue.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved