Oppo Reno12 F 5G Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1,399

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Reno12 F 5G diumumkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Ia menjadi tambahan baharu untuk siri Reno12 sedia dengan fokus terhadap sejumlah hal yang menarik seperti mod potret dengan AI dan kapasiti bateri yang besar.

image is not available

Berkongsi lebih lanjut peranti ini menggunakan skrin OLED FHD + (1080 x 2400) sebesar 6.67″ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensity 6300 digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Diikuti juga bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

image is not available

Tri-kamera utama digunakan terdiri dengan 50MP + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Terdapat juga sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti AI Eraser 2.0 yang boleh mengesan elemen atau objek yang tidak dimahukan dalam gambar dan menghilangkannya. Kemudian AI LinkBoost untuk sambungan yang lancar dan stabil. AI Smart Image Matting 2.0 pula boleh digunakan untuk membuat pelekat ringkas dan AI Studio untuk hasil gambar potret lebih artistik.

image is not available

Bagi yang berminat Oppo Reno12 F 5G dijual pada harga jualan RM1,399 (12/256GB) dan RM1,799 (12/512GB) sebuah. Mana-mana pembelian yang dibuat sehingga 10 Ogos 2024 akan menerima hadiah eksklusif menarik bernilai RM129.