Oppo Reno12 Pro Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
10 May 2024 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah peranti baharu Oppo Reno12 Pro 5G telah ditemui di laman pengesahan SIRIM di Malaysia. Ia didaftarkan dengan nomber model CPH2629 (OPPO Reno12 Pro 5G) oleh Jie Business Sdn Bhd pada 9 Mei 2024. Sekaligus memberi petanda pelancaran untuknya boleh diadakan dalam masa terdekat.

image is not available

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai peranti masih belum diketahui memandangkan ia belum dilancarkan di mana-mana pasaran setakat ini. Malahan kewujudannya turut belum diacah oleh pihak Oppo. Meskipun demikian seperkara yang boleh dijangka ialah peranti berpotensi menampilkan kemasan khas bersama sistem kamera yang dipertingkatkan.

image is not available

Untuk rekod, Oppo sedia menawarkan siri Reno11 untuk pasaran Malaysia. Sebanyak tiga variasi model yang boleh dibeli termasuk Reno 11 pada RM1,899, Reno 11 Pro berharga RM2,499 dan Reno11F pula bernilai RM1,399 sebuah.

View Original Article