Oppo Reno9 Pro+ Dilancarkan Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, MariSilicon X, Pengecasan 80W

TechnologyDigital
24 Nov 2022 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti Oppo di bawah siri Reno dikemaskini dengan variasi baharu pada hari ini. Melaluinya, Oppo Reno9 Pro+ dengan diperkenalkan dengan beberapa ciri menarik – ini termasuklah dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera 50MP yang turut dibekalkan cip MariSilicon X.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, ia menggunakan skrin OLED sebesar 6.7-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan memori 16GB RAM dan storan dalam mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4,700mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 80W dan nirwayar 50W.

image is not available

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP (Sony IMX890) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (mono) dengan sokongan OIS. Turut melengkapinya adalah cip ISP Marisilicon X bertujuan membantu pengalaman fotografi mudah alih lebih baik khususnya tangkapan dalam pencahayaan rendah. Kamera ini juga boleh merakam video dengan tetapan tertinggi 4K/60fps.

image is not available

Bersama-sama denganya, ia turut memuatkan sokongan kamera swafoto tunggal 32MP (Sony IMX709). Di samping beberapa lagi ciri dan fungsi lain seperti menjalankan Android 13, sokongan Bluetooth 5.2, NFC, IR Blaster dan pembesar suara stereo.

Untuk harga, Oppo Reno9 Pro+ dijual di China pada harga bermula RMB3999 (~RM2,514) (16GB/256GB) dan RMB4399 (~RM2,765) (16GB/512GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaannya di pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.