Oppo Watch 5 Bakal Hadir Dengan Mod ‘FatMax’ Untuk Bantu Pembakaran Lemak

TechnologyHealth & Fitness
13 Nov 2026 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Watch 5 Bakal Hadir Dengan Mod ‘FatMax’ Untuk Bantu Pembakaran Lemak

Oppo Watch 5 bakal diperkenalkan pada 16 November 2026 bersama siri Reno17 baharu. Antara ciri utama yang diketengahkan ialah FatMax Mode yang direka untuk membantu pengguna merancang rutin senaman bagi meningkatkan pembakaran lemak.

Image from: Oppo Watch 5 Bakal Hadir Dengan Mod ‘FatMax’ Untuk Bantu Pembakaran Lemak


Menerusi ciri ini, jam pintar berkenaan boleh mencadangkan rutin senaman dengan tahap kesukaran yang meningkat secara berperingkat. Pendekatan ini bertujuan membantu pengguna menguruskan berat badan melalui aktiviti fizikal yang memfokuskan pembakaran lemak. Bagaimanapun, FatMax bukan fungsi yang menjamin penurunan berat badan sebaliknya bertindak sebagai panduan untuk membantu pengguna memilih dan melakukan senaman yang sesuai dengan matlamat kecergasan mereka.

Selain itu, Oppo Watch 5 dilengkapi sensor kadar denyutan jantung dan SpO2 serta fungsi penjejakan peringkat tidur. Ia turut mempunyai modul GPS terbina dalam untuk menjejak aktiviti luar dengan lebih tepat, di samping menawarkan ketahanan bateri sehingga 10 hari dalam mod penjimatan kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved