Ops Balasah catat kejayaan signifikan

22 Apr 2024 • 1:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat mencatatkan pelbagai kejayaan signifikan hasil daripada pengawasan garis sempadan yang efektif dan sokongan padu kerajaan negeri Sabah kepada Tentera Darat Malaysia.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata kejayaan ini dicatat menerusi Operasi Balasah di Sabah dan Operasi Awas/Keris Parang dan Operasi Jagakawan di Sarawak.

Katanya, ini terbukti dengan statistik nilai rampasan keseluruhan di Sabah dan Sarawak sebanyak RM908,731.75 dengan jumlah kes rampasan sebanyak 11 kes melibatkan tiga rampasan barang tanpa tuan, lima rampasan barang bersama tuan dan tiga kes pengusiran.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri anggota bersama Panglima Angkatan Tentera Darat di Pulau Berhala, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau berada di Sabah dalam rangka lawatan selama dua hari untuk bertemu dengan warga Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Sabah yang sedang melaksanakan tugas gerakan Operasi Pasir dan Operasi Balasah.

Selain daripada menilai tahap kesiagaan dan keupayaan anggota serta aset tentera darat dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap pertahanan sempada negara, lawatan ini juga bertujuan bagi meraikan Aidilfitri bersama warga tentera darat.

“Mereka ini telah berkorban dan rela berjauhan dari keluarga demi tanggungjawab mempertahankan negara.

“Saya nasihatkan mereka agar teruskan tugas tanpa lalai, kerana kita tidak mahu ada sebarang anasir luar yang cuba menceroboh persempadan negara khususnya di perairan Timur Sabah,”katanya.

Tambahnya lagi, tentera darat akan terus membudayakan konsep ‘turun padang’ sebegini di setiap lapisan pemerintahan supaya segala permasalahan dan penambahbaikan melibatkan kebajikan anggota serta keupayaan aset tentera darat di kawasan operasi dapat diambil tindakan segera,

Dalam perkembangan lain, beliau juga berkata pihak tentera akur apa juga pendirian kerajaan mengenai isu Palestin dan akan sentiasa bersiap sedia menghulurkam bantuan sekiranya diperlukan.

“Mengenai Isu Palaestin, kita akur apa juga pendirian kerajaan mengenai isu ini dan sekiranya diperlukan bantuan kemanusian contohnya dalam bentuk hospital medan, kita akan membantu.

“Walau bagaimanapun, sebenarnya ini perlu dikoordinasikan di peringkat negara, namun bagi kita, kita tetap bersiap sedia membantu kerana sudah menjadi tugas sekunder ATM menghulurkan bantuan,” ulasnya lagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.