Ops bersepadu barang kawalan

21 Apr 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Sandakan bekerjasama menjalankan Ops Tiris Bersepadu di sekitar daerah ini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, antara lain Ops Tiris Bersepadu ini bertujuan untuk mencegah dan membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan, khasnya minyak masak bersubsidi di daerah Sandakan.

Jelasnya, hasil perkongsian maklumat awam yang diterima oleh MPOB Sandakan, satu serbuan oleh pasukan ini dijalankan di sebuah gudang yang disyaki menyimpan minyak sawit tanpa lesen MPOB yang sah di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.

“Semasa serbuan dijalankan, tidak ada pekerja di gudang terbabit.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pemeriksaan mendapati tiga lori tangki minyak sawit tanpa muatan minyak sawit, 13 tangki IBC tidak berisi, dua skid tank tidak berisi dan sebuah lori tangki minyak diesel yang tidak berisi,” katanya.

Pemantauan lanjut akan dijalankan terhadap gudang terbabit, katanya.

Pemeriksaan seterusnya dijalankan di sebuah kilang membungkus semula minyak masak bersubsidi di kawasan Sibuga di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pihaknya menyemak dokumentasi melibatkan buku stok serta dokumen transaksi dan pengedaran minyak masak bersubsidi yang dikeluarkan oleh kilang terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan mematuhi segala perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, dan kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Azdy berkata, KPDN Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu, khasnya ke atas barang-barang kawalan iaitu minyak masak bersubsidi, gula, tepung, petrol, diesel dan gas petroleum cecair.

“Ini bagi membanteras penyelewengan barang kawalan di samping memastikan pematuhan pengilang, pemborong dan peruncit di bawah Akta Kkawalan Bekalan 1961 dan undang-undang agensi berkaitan.

Sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga boleh disalurkan menerusi WhatsApp 019-2794317 / 019-8488000, Portal Aduan:

http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1 800 886 800.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.