Ops bersepadu: Esscom periksa 870 individu

26 Aug 2023 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Kira-kira 870 individu diperiksa dalam operasi bersepadu selama dua hari oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Komander Esscom, DCP Victor Sanjos berkata, 70 kenderaan dan 315 premis turut diperiksa dalam operasi yang berakhir Khamis.

Operasi yang dijalankan di pasar Lahad Datu dan juga penempatan berhampiran bandar itu bertujuan untuk membendung kegiatan penyeludupan, menghalang kemasukan pendatang tanpa izin serta menguatkuasakan undang-undang.

“Daripada jumlah itu, empat pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Lima saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Victor berkata, empat kompaun turut dikeluarkan dan dua kenderaan disita Majlis Daerah Lahad Datu kerana tidak mempunyai lesen perdagangan dan pengendalian makanan.

Menurut Victor, operasi yang diselaraskan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi penguatkuasaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan bertindak sebagai jaminan penjagaan keselamatan awam serta memastikan kesejahteraan rakyat di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) berada pada tahap terbaik.

Katanya, operasi itu juga menterjemah matlamat Esscom iaitu ‘tiada hari tanpa operasi’ demi keselamatan orang ramai di Esszone.

Beliau berkata Esscom akan terus mempergiatkan operasinya dan menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan di Esszone ke Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau melalui WhatsApp pada 011-63311072.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.