Ops cegah jenayah: Polis periksa lebih 1,500 di Tawau

4 Jun 2023 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tawau: Polis memeriksa 1,039 lelaki dan 525 wanita dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) di sekitar daerah ini dari 29 Mei hingga 1 Jun.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, sementara enam lelaki masing-masing ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Syabu dianggarkan seberat 0.97 gram juga dirampas dalam operasi berkenaan.

“Manakala, sebanyak 16 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi tersebut bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah di daerah ini.

“OBMJ dilaksanakan bagi memastikan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dalam usaha membendung kejadian jenayah di Tawau.

“Operasi ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah indeks sempena musim perayaan Kaamatan di beberapa kawasan panas sekitar bandar Tawau dan taman perumahan yang melibatkan semua bahagian dan cawangan,” katanya.

Jasmin berkata, sebagai langkah keselamatan, polis Tawau akan kerap melakukan rondaan di kawasan ‘hot spot’

Dalam masa yang sama, beliau menggesa setiap pemilik permis perniagaan yang mengupah pengawal keselamatan agar memastikan keselamatan premis tersebut terjamin.

Tambahnya, semua pegawai dan anggota IPD Tawau sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keadaan di daerah ini terkawal dari kegiatan jenayah.

Selain itu, beliau turut menyeru rakan kolaborasi sedia ada seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukareka (SRS) dan Persatuan Penduduk serta Persatuan Keselamatan Komuniti setempat, untuk membantu polis dalam mempergiatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan bagi mencegah berlakunya jenayah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.