Ops Pemandu Warga Asing: 20 Kenderaan Disita, 159 Kompaun Dikeluarkan

LocalCars
3 Jul 2026 • 2:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ops Pemandu Warga Asing: 20 Kenderaan Disita, 159 Kompaun Dikeluarkan

Ops Pemandu Warga Asing: 20 Kenderaan Disita, 159 Kompaun Dikeluarkan

Sebanyak 20 kenderaan disita manakala 159 notis kompaun dikeluarkan menerusi Operasi Bersepadu Pemandu Bukan Warganegara (Ops PBW) Siri 1 Tahun 2026 yang dijalankan di sekitar Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

Operasi itu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, operasi tersebut tertumpu di sekitar Jalan 2/3A, Jalan 6/3A dan Jalan 9/3A bagi mengesan pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan pemandu serta pemilik kenderaan.

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk memandu tanpa lesen, lesen memandu tidak sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, pelanggaran spesifikasi teknikal kenderaan, menghalang lalu lintas serta memandu secara berbahaya.

“Operasi ini turut memberi tumpuan kepada pemandu warga asing termasuk pemegang kad UNHCR serta lain-lain pelanggaran kesalahan jalan raya.

Baca juga:

“Menerusi operasi bersepadu ini, DBKL mengeluarkan lapan notis kompaun, JSPT PDRM sebanyak 15 notis kompaun manakala JPJ pula mengeluarkan 136 notis kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.

Kesemua kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi sama, JPJ turut menyita 20 kenderaan melibatkan tujuh trak pengangkat, tiga kereta, lapan motosikal dan dua motosikal elektrik atas pelbagai kesalahan.

Menurut DBKL, antara kenderaan yang disita termasuk yang dipandu oleh warga asing tanpa dokumen sah.

Katanya, semua kenderaan terbabit telah dipindahkan ke JPJ Wangsa Maju untuk tindakan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved