Ops Prihatin: 3,123 orang awam dibantu APM pada musim perayaan

11 May 2023 • 3:17 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KAJANG: Sebanyak 1,044 kes yang melibatkan seramai 3,132 mangsa telah diberikan bantuan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Kes itu direkodkan menerusi Ops Prihatin yang dijalankan oleh APM sepanjang Aidilfitri.

Ketua Pesuruhjaya APM, YS Aminurrahim Mohamed berkata operasi itu dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu fasa pertama dari 18 hingga 21 April dan fasa kedua dari 28 April hingga 1 Mei lepas.

Ops Prihatin yang dulunya dikenali sebagai Ops Bantu itu diberikan penjenamaan semula pada tahun 2021 setelah diperkenalkan sejak tahun 2010.

Ops Prihatin adalah bertujuan untuk membantu melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan dengan menolong mangsa-mangsa kecemasan dan kemalangan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

image is not available
YS Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM sewaktu ditemubual oleh media

“Operasi ini telah menggerakkan seramai 1,416 pegawai dan anggota APM di seluruh negara dan antara bantuan yang dilakukan oleh APM adalah seperti mengalih pokok tumbang, menjadi responden pertama bagi kes kemalangan, pembaikan kerosakan kecil dan termasuklah membelikan minyak kereta”.

“Menurut laporan kumulatif Ops Prihatin sebnyak 201 kes kemalangan jalan raya melibatkan 273 mangsa, 34 kes pokok tumbang, 333 kes pebaikan kecil, 36 kes mengalihkan halangan, 198 kes penyelamatan haiwan, 230 lain-lain kes dan 12 rondaaan bencana direkodkan sepajang operasi”, tambahnya.

Ketua Pesuruhjaya APM itu ditemui pada Rabu di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri APM dan pelancaran Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) di Ibu Pejabat APM turut memberi perincian berkaitan rekod bantuan yang telah di laksanakan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pimpinan pelbagai Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) termasuk CDERT MAPIM yang menggerakkan inisiatif MAPIM Mobile Kitchen ke perkarangan Ibu Pejabat APM untuk menyediakan 300 hidangan kuetiau goreng kepada tetamu.

image is not availableimage is not available

MAPIM Mobile Kitchen yang di inspirasikan oleh Pesuruhjaya Kehormat CDERT MAPIM Malaysia, [Dr] Sani Araby Al-Kahery adalah satu inisiatif bantuan kemanusiaan yang siapsiaga menyediakan 1,000 masakan segar dan panas di lokasi bencana dan telah digerakkan dalam operasi pengedaran makanan panas kepada mangsa-mangsa banjir di Semenanjung Malaysia.

image is not available
Ketua Pesuruhjaya APM, YS Aminurrahim Mohamed diiringi Komandan CDERT MAPIM PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol di bawa meninjau operasi MAPIM Mobile Kitchen

image is not available

image is not availableimage is not available

Sementara itu, berkaitan PeSPA, Aminurrahim berkata penubuhan badan itu bertujuan bagi menyediakan platform kepada ahli APM yang bukan berjawatan tetap untuk mempunyai kemahiran dan kepakaran yang akhirnya dapat menyumbang kepada APM.

“Sebelum ada PeSPA pun sudah ada banyak yang membantu APM seperti MAPIM dan pelbagai pertubuhan lain”, katanya.

Beliau berkata PeSPA kini dianggotai kira-kira 100 ahli dan keanggotaannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

image is not available
Pesuruhjaya Kehormat CDERT MAPIM Malaysia, [Dr] Sani Araby Al-Kahery bersalaman dengan YS Ketua Pesuruhjaya APM

image is not available


BACA JUGA