Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan  sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

Itu kata Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Menurutnya,  12,437 saman itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

image is not availableimage is not available

“Operasi melibatkan 240 lokasi penugasan termasuk sekatan jalan raya, rondaan pencegahan dan penugasan statik di pusat bandar, kawasan rekreasi dan laluan utama. Sebanyak 390 kenderaan disita, manakala 25 individu ditahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seramai 20 individu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga ditahan mengikut Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah lain-lain akta,” katanya dalam kenyataan hari ini..

Sehubungan itu,  mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dengan tidak memandu secara berbahaya dan mengutamakan keselamatan diri serta pengguna lain. –