Ora Good Cat: EV paling mampu milik di Malaysia bakal dilancar 28 November 2022

Cars
22 Nov 2022 • 8:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengeluar kereta daripada China, Gret Wall Motor (GWM) menjadualkan satu acara pelancaran sebuah kerete elektrik (EV) yang bernama Ora Good Cat di Malaysia. Bukan sahaja paling mampu milik, ia mungkin EV paling comel di atas jalan raya nanti.

image is not available

Maklumat pelancaran Ora Good Cat di Malaysia

28 November 2022 adalah tarikh pelancaran Ora Good Cat secara rasmi di Malaysia. Peminat yang ingin mendapatkannya boleh menempah EV itu secara dalam talian dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, platform sewa kereta, Flux, ada tawarkan kereta ini secara kontrak.

Spesifikasi Ora Good Cat

Sebanyak dua varian Good Cat dijangkan diumumkan dalam pasaran Malaysia iaitu Ora Good Cat 400 Pro dan Ora Good Cat 500 Ultra. Beza antara kedua-dua varian ini adalah pada kapasiti bateri yang terkandung di dalamnya.

image is not available

400 Pro mendukung kapasiti bateri 47.8kWh yang memberikan jarak kembara 400km manakala 500 Ultra boleh pergi 500km berbekalkan sistem 53kWh. Kedua-duanya dipacu motor yang sama iaitu motor yang memuntahkan 141hp dengan daya kilas 210Nm.

Tiada harga rasmi diumumkan setakat ini tapi kami jangkakan yang harganya sekitar RM150,000 untuk 400 Pro manakala 500 Ultra sekitar RM160,000.

Perlu diingatkan yang angka jarak kembara daripada pengeluar ini diukur menggunakan piawaian New European Driving Cycle (NEDC) sedangkan piawaian Worldwide harmonize Light Vehicle Test Procedures (WLTP) dikatakan lebih realisitik dengan kegunaan sebenar hari-ke-hari.

image is not available

Daripada segi rekaan, anda boleh nampak campuran rekaan ala Porsche, Mini, Leaf, dan Nissan March. Kedua-dua bahagian luar dan kabin kereta menerima sentuhan dua tona warna yang jadikannya menonjol berbanding EV lain di luar sana.

Jarak roda depan dan belakang Good Cat adalah berukuran 2,650mm dengan jarak keseluruhan bampar ke bampar pada ukuran 4,235mm. Makanya, kereta ini lebih panjang berbanding Hyundai Kona Electric dan Mini Cooper SE.

image is not available

Kalau nak bercerita tentang pesaingnya, yang paling rapat mungkin adalah Hyundai Kona Electric varian Lite yang ada jarak kembara 305km dengan kuasa 134hp dan berdaya kilas 395Nm.

Menurut helaian spesifikasi, Ora Good Cat memerlukan 32 minit (40 minit untuk 500 Ultra) bagi mengisi bateri daripada 30 ke 80 peratus menggunakan pengecasan DC manakala pengecasan menggunakan pengecas AC memerplukan sekitar 8 jam (10 jam untuk 500 Ultra0.

image is not available

Ora Good Cat hadir pelbagai Sistem Bantu Pandu Maju (ADAS) seperti Kawalan Kembara Adaptif, Brek Kecemasan Berautonomi, Bantuan Kekal Lorong, dan Bantuan Pemusat Lorong. Varian lebih tinggi menerima semua yang disebutkan tadi beserta beberapa ciri tambahan seperti Bantuan Menggundur Automatik, Parking Automatik Sepenuhnya, Bantuan Tukar Lorong, Pengesan Titik Buta, Bantuan Lencongan Kecemasan, dan Amaran Pintu Terbuka.

Bacaan berkaitan