Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

Cars
4 Jun 2023 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pada awal tahun ini, penulis pernah berkongsi tentang senarai kereta elektrik (EV) termurah di pasaran dan Ora Good Cat menjadi salah satu daripada 12 jenis kenderaan tersebut. Ada yang berjaya masuk di pasaran Malaysia dan ada juga yang tidak.

image is not available

Serasi dengan nama dan rekaan yang comel, dunia kereta EV sekali lagi telah merancakkan pasaran industri  automotif  apabila memperkenalkan Ora Good Cat berwarna hijau pistachio menerusi pertunjukkan jalanan yang diadakan di Sunway Velocity, baru-baru ini. 

Acara ini telah menarik perhatian ramai pencinta dunia kereta. Bahkan,  model kenderaan tersebut telah berjaya dijual sebanyak 20 unit pada hari pertama pengenalannya di pasaran, sekali gus membuktikan bahawa daya tarikan kenderaan elektrik itu semakin kuat di Malaysia.

image is not available

Selain itu, warna yang ditampilkan ini eksklusif tersedia bagi varian 500 Ultra sahaja. Ia tampak segar dan ‘funky’! Sejujurnya, ia sangat mencuri perhatian dan semestinya meninggalkan kesan kepada pengunjung yang hadir.

Apa yang membuatkan Ora Good Cat ini istimewa  warna di bahagian luar serasi dengan gabungan warna dalaman yang berkonsepkan dua tona iaitu hijau-kuning air. 

Gabungan warna canggih ini menghasilkan ruang dalaman tampak tenang sekali gus membuatkannya kelihatan segar dan anggun. 

image is not available

Kusyen tempat duduk kereta yang selesa bersama tempat letak tangan yang di tengah-tengahnya terdapat corak tapak kaki kucing yang comel, penutup lubang penghawa dingin berwarna jingga terang menghidupkan persekitaran yang positif. Ini termasuk stereng hijau pistachio bersama warna kuning air bagi mewujudkan suasana yang ranggi.

image is not available

Di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang pula  turut dihiasi dengan corak Houndstooth yang bergaya menambahkan lagi sentuhan keanggunan dan sedikit klasik disitu. Bagi meningkatkan estetika bertenaga, kusyen luarnya direka dengan hiasan halus jingga terang.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui mengulas, warna hijau pistachio menambah sentuhan yang meriah dan menawan pada Ora Good Cat, menjadikan suasana lebih seronok dan menghasilkan daya tarikan yang tidak dapat ditolak oleh para pengguna!

image is not available

Model ini menampilkan motor elektrik pada gandar hadapan, pacuan roda hadapan dan bateri litium berkuasa 63.1 kWj. Dengan 143 PS, 210 Nm tork, dan kelajuan maksimum 152 km/j, ia menawarkan julat 500 kilometer setiap cas.

Ini termasuk dengan menawarkan enam beg udara, kawalan kelajuan boleh ubah, kamera panoramik 360 darjah seperti pandangan mata kucing. 

Ia juga turut dilengkapi dengan  kawalan kestabilan yang memastikan anda kekal dalam keadaan baik ketika memandu serta sistem bantuan pemanduan lanjutan untuk ketenangan fikiran yang positif.

Ciri-ciri lain seperti kawalan pelayaran automatik, amaran perlanggaran dan brek kecemasan akan memastikan perjalanan anda selamat dan terjamin. Model ini dijual pada harga bermula RM140,000.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web GWM Malaysia atau hubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882 ataupun emailkan kepada support@gwm.com.my. - Getaran, 4 Jun 2023