Oracle Dan Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Operasi TikTok

TechnologyDigital
26 Jan 2025 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oracle dan sekumpulan pelabur yang turut menyertakan Microsoft kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk mengambil operasi TikTok, termasuk pada peringkat global. Dibawah kerjasama yang sedang diusahakan, Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara algoritma, kemaskini perisian dan sebagainya diuruskan oleh Oracle.

Untuk makluman, Oracle sedia menawarkan perkhidmatan infrastruktur web untuk operasi TikTok. Buat msa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Bytedance akan bersetuju untuk langkah ini atau sebaliknya. Sebelum ini sendiri, mereka mengambil langkah menghentikan operasi di Amerika Syarikat berbanding menjual operasi di negara tersebut ke syarikat tempatan.

Syarikat TikTok pada peringkat global disasar bernilai sekitar $200 bilion.

Buat masa ini, tiada sebarang pihak mengeluarkan komen rasmi, termasuk pihak ByteDance sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved