Orang aniaya? Kereta berpusing gara-gara jalan licin dituang minyak

16 May 2024 • 10:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jalan licin dituang minyak

Tular di media sosial beberapa buah kereta hilang kawalan selepas melalui jalan licin dituang minyak oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai berlaku di sebuah laluan di Klang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di akaun X, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik mangsa menunjukkan kejadian itu berlaku semalam pada jam 1.26 pagi.

Jalan licin dituang minyak

Dalam video tersebut, kedengaran suara wanita yang menjerit apabila kenderaan yang dinaiki berpusing sehingga melawan arus namun, berjaya dikawal tanpa melanggar tembok pembahagi jalan.

Bagaimanapun, kelihatan dua buah lagi kereta lain yang dilihat terhuyung hayang sebaik sahaja melalui jalan tersebut dan ia berjaya dikawal dengan baik.

“Kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawak slow-slow sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya,” ujar pemilik video.

Jalan licin dituang minyak

image is not available

image is not available

Bahayanya! Kenapa ada orang sanggup buat macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan raya terutamanya individu yang menggunakan kemudahan tersebut pada setiap hari.

Malah, ada juga segelintir individu menuduh keadaan jalan berminyak tersebut dilakukan oleh kumpulan ‘Abang Towing’ demi mendapat tugasan menunda kereta.

image is not availableimage is not available

Polis kena buat rondaan lebih kerap

Susulan itu, ramai yang menggesa pihak berkuasa supaya membuat rondaan dan pemeriksaan ketika waktu lewat malam sehingga awal pagi dengan lebih kerap di kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang kembali.

image is not available image is not available

image is not available

Terdahulu, dagu pemuda terkoyak selepas motosikal ditunggangnya terlanggar benang yang dipasang di laluan motosikal di Lebuhaya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Sumber: X @updateinfo