Orang Asli simpan duit ‘berkepuk’ dalam guni beras

WorldBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang Asli simpan duit ‘berkepuk’ dalam guni beras

JAKARTA – Seorang lelaki Orang Asli di wilayah Papua, Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan guni simpanan beras untuk menyimpan sejumlah wang tunai yang dikeluarkan dari sebuah bank, lapor portal berita Lambe Turah. 

Imej dimuat naik di platform Threads oleh akaun @folkkonoha menunjukkan dua lelaki memakai pakaian khas suku Papua itu datang ke sebuah pusat perbankan. 

Selain mengenakan seluar pendek dan berkaki ayam, salah seorang lelaki dilihat hanya membawa beberapa guni beras yang kosong. 

“Guni beras itu digunakan untuk menyimpan duit. Mereka tidak memakai beg,” demikian menurut hantaran itu. 

Masih belum diketahui bila gambar itu diambil atau tujuan lelaki berkenaan mengeluarkan duit yang banyak. – AGENSI

The post Orang Asli simpan duit ‘berkepuk’ dalam guni beras appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved