Orang Awam Kongsi 'Selonggok' Tompokan Awan Petir

LocalEnvironment
14 Jul 2026 • 9:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Orang Awam Kongsi 'Selonggok' Tompokan Awan Petir

Orang Awam Kongsi 'Selonggok' Tompokan Awan Petir

Tidak dinafikan, cuaca di Malaysia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang sukar dijangka.

Lebih-lebih lagi, Malaysia negara yang terletak di garisan Khatulistiwa, menjadikannya kawasan beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Kadangkala, peralihan Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya sering kali membawa perubahan cuaca yang drastik.

Bahkan, jika keluar rumah dengan cahaya matahari tak menjamin kita pulang dengan cuaca yang sama. Sebaliknya mungkin tengahari atau petang langit boleh bertukar gelap sekelip mata sebelum hujan melanda.

"Tudia tengok berlungguk kilat..

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads @izzraifharz_ berkongsi gambar keadaan cuaca awal pagi tadi.

Mengejutkan apabila dia mendapati terdapat tompokan tebal awan petir di sekeliling utara Selat Melaka.

Image from: Orang Awam Kongsi 'Selonggok' Tompokan Awan Petir

"Tudia tengok berlungguk kilat kat Selat Melaka Utara pagi ni.

"Awan ribut petir masih aktif dan ada potensi untuk sampai lagi di Perlis, Kedah, Penang dan Perak satgi lepas kejadian ribut petir yang kuat gila pukul 4 pagi tadi," katanya.

Image from: Orang Awam Kongsi 'Selonggok' Tompokan Awan Petir

Tambahnya, dia memberitahu ribut petir kuat melanda kawasan rumahnya pada awal pagi tadi.

Keadaan itu sehingga menyebabkan dia terjaga dari tidur.

"Cakap pasal ribut petir pagi tadi sumpah kuat sampai bergegar rumah. Aku terjaga dari tidur pastu tidur balik pastu siap masuk dalam mimpi," tulisnya.

Reaksi Netizen

Perkongsian berkenaan turut mencuri perhatian warga maya yang turut berkongsi keadaan yang sama.

"Dari semalam sampai perlis. Lebat selebatnya dengan guruh kilat bunyi serupa dok atas atap rumah," komen seorang pengguna.

"Betoi. Kuat sungguh hujan dengan kilat pagi tadi," komen seorang pengguna.

"Memang tidur semalam petir kuat .hujan pun lebat sangat (Perlis)," komen seorang pengguna.

"Hati-hati orang utara," tulis seorang lagi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah dan seluruh negeri Perlis pada jam 5 pagi.

Amaran berkenaan dikeluarkan sehingga jam 9 pagi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved