“Orang Curang Susah Nak Mengaku Salah” – Datuk Fadzilah Kamsah Akui Curang Itu Pilihan Bukan Paksaan

Entertainment
9 Jan 2023 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, isu curang serta lelaki mengahwini wanita lain biarpun masih beristeri menjadi topik utama bualan netizen serta beberapa pihak yang mempunyai nama.

image is not available 4 hari lalu

"Mengaku Selepas Dah Berbulan Nikah Di Thailand Kan" - Puteri Sarah

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah turut tidak terkecuali membahaskan isu curang yang semakin berleluasa ketika ini.

Menurut Fadzilah Kamsah, individu yang berlaku curang akan sedaya upaya meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk elak dari dipersalahkan.

Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah.

Melalui perkongsiaan di laman Instagramnya, Fadzilah Kamsah atau juga dikenali sebagai Tok Abah berkata individu yang curang terhadap pasangannya memilih untuk berbuat demikian tanpa paksaan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, pakar motivasi terbabit turut memberi sokongan kepada pihak yang menjadi mangsa curang agar tidak terlalu down apabila menghadapi masalah ini serta tidak menyalahkan diri sendiri.

Bahkan berkata orang yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dimiliki, tidak akan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved