Orang Islam Haram Doakan Keampunan Orang Kafir – Azhar Idrus

LocalPolitics
28 Apr 2025 • 11:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Orang Islam Haram Doakan Keampunan Orang Kafir - Azhar Idrus

Umat islam amat ditegah daripada berdoa meminta sebarang keampunan dan keamanan buat orang kafir yang telah meninggal dunia kerana pemergiannya dalam keadaan tidak beriman.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan perbuatan terbabit di sisi Islam adalah haram biarpun si mati merupakan ahli keluarga sendiri.

Orang Islam haram doakan keampunan orang kafir

image is not available

UAI berkata, orang Islam hanya boleh mendoakan orang kafir agar diberi hidayah ketika masih hidup agar beriman kepada Allah SWT.

“Bermula hukum orang Islam mendoakan keampunan atau keamanan orang kafir yang telah mati dalam agama kafirnya adalah haram walaupun orang kafir tersebut kaum kerabatnya.

” Yang dibolehkan ialah mendoakan orang kafir yang masih hidup supaya diberi hidayah atau seumpanya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

image is not available

Sementara itu, beliau turut mengulas perkara tersebut dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 113 dan mengemukakan pandangan ulama terkenal seperti Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi bagi menguatkan hujahnya lagi.

Beliau memberitahu Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ mengingatkan bahawa sembahyang ke atas mayat orang kafir dan berdoa buatnya adalah haram mengikut nas al-Quran dan ijmak ulama.

Manakala Imam Al-Maraghi menegaskan adalah haram berdoa minta keampunan dan rahmat kepada orang yang mati dalam kekufuran, termasuk menyebut istilah seperti ‘yang diampunkan’ atau ‘yang dirahmati’ buat mereka.

image is not available

Foto: Radar Nganjuk

 

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan bekas Presiden Indonesia Joko Widodo dilihat menadah tangan seolah-olah berdoa semasa memberi penghormatan terakhir buat mendiang Paus Francis di Vatican City.

Sumber: Facebook Azhar Idrus