“Orang Ketiga, Awass” – Puteri Sarah Dan Rossa Sera Buat Kemunculan Bersama, Netizen Luah Rasa Teruja

Entertainment
27 Jul 2022 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini mengenai kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan juga Rossa Sera di media sosial.

Berita mengenai mereka berdua ini sering saja ditunggu-tunggu tentang bagaimana penyudahnya ketika Sera dilaporkan dalam proses penceraian dengan suami, pelawak Shuk Sahar, manakala Puteri Sarah pula ‘sibuk’ menguruskan hal saman-menyaman orang ketiga.

Dalam pada itu, kemunculan kedua-dua wanita ini dalam satu majlis telah membuatkan netizen dan peminat turut sama teruja melihat mereka saling bertukar kata-kata semangat antara satu sama lain.

Perkongsian Puteri Sarah dan Sera juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang suka melihat keduanya bantu-membantu dalam soal perniagaan dan juga peribadi.

Ramai yang menganggap kedua wanita ini sebagai individu yang hebat serta kuat dalam menghadapi cabaran hidup.

Dua-dua cantik, dua-dua wanita yang kuat dan tabah. Semoga terus sukses buat kalian berdua. – netizen

Namun ada juga yang sempat ‘berseloroh’ dan memerli orang ketiga yang menjadi bahan umpatan netizen di ruangan komen hantaran tersebut.

image is not available 2 hari lalu

"Memang Saya Sayang, Tapi..."- Rossa Sera Dedah Perasaan Sebenar Terhadap Shuk Sahar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved