'Orang kita suka portion melimpah-limpah...' Trend makanan viral, Kevin Zahri kongsi tip jika mahu kekal sihat

28 Jun 2024 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ZAMAN sekarang, semua benda dipertontonkan menerusi media sosial. Lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pempengaruh, segala aktiviti dan gaya hidup dimuat naik dengan alasan mahu berkongsi dengan pengikut masing-masing.

Antara yang merupakan carian tertinggi di internet sekali gus menjadi ikutan ramai adalah memburu kafe dengan spot bergambar tampak 'instagramable' serta makanan viral.

Segelintir menganggap trend tersebut dilihat melawan hukum sesuatu makanan. lebih-lebih bila membabitkan isu kandungan gula dan kalori yang tinggi dalam sesuatu juadah atau menu.

image is not available

Apa yang kita boleh lihat, rakyat Malaysia lebih sukakan sesuatu makanan dengan 'portion'berlambak-lambak dan berlimpah-limpah.

Merujuk pada trend berkenaan, SinarPlus baru-baru ini mendapatkan pandangan pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri tentang isu tersebut.

Menurut beliau, tidak perlu risau untuk menikmati makanan viral kerana ia merupakan sebuah kurniaan dari YANG MAHA ESA.

"Makanan viral bagi saya tidak ada masalah, pilih atau makanlah bila-bila pun, cuma cukuplah dengan menghadkan jumlah pengambilan," ujarnya.

Kevin turut menitipkan pesanan supaya memilih makanan secara bermaruah sekali gus membeli sekadar untuk merasa dan tidak mahu ketinggalan trend.

Tambah beliau lagi, dalam urusan pengambilan makanan dan penjagaan kesihatan kena seimbang supaya boleh makan apa sahaja tetapi tetap sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved