“Orang Lain Pun Bayar!” – Trend Pakai Tanjak Tonton ‘Mat Kilau’ Jadi Perdebatan Netizen

27 Jun 2022 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, filem Mat Kilau telah mendapat sambutan yang hangat daripada para penonton dan disebabkan itu, filem ini muncul sebagai filem melayu epik dengan jumlah kutipan tertinggi semasa hari pembukaannya.

Barangkali berasa terlalu teruja untuk menonton filem yang mengetengahkan konsep pahlawan Melayu, tmemakai busana Melayu tradisional seperti memakai tanjak semasa menonton filem ini di pawagam telah menjadi trend.

Namun, siapa sangka trend memakai tanjak ini telah menjadi perdebatan orang ramai kerana merasakan ianya kurang sesuai untuk dipakai di pagawam kerana saiznya besar menghalang orang dibelakang untuk menonton.

image is not available

Isu yang dibangkitkan ini telah menjadi perdebatan para netizen, dimana ada yang tidak kisah jika penonton ingin memakainnya, namun ada juga yang tidak berpuas hati kerana ia menganggu penonton untuk tonton dengan tenang.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat memakai pakaian tradisional ke pagung wayang sememangnya berlebihan.

image is not available

Jika meninjau di ruangan komen, ramai yang memberi pandangan masing-masing mengenai trend ini. Ada berpendapat boleh memakai tanjak tersebut, namun dibuka semasa sedang menonton agar tidak menghalang pandangan orang di belakang mereka.

Sekadar info, filem Mat Kilau merupakan filem Malaysia terpantas yang meraih RM12,200,000 dalam masa 4 hari tayangan sahaja.

image is not available 6 jam lalu

"Orang Tak Tahu, Hanya Bercakap Je.."- Dituduh Amalkan Ilmu Syirik, Mak Wan Jawab Dakwaan Netizen