
PETALING JAYA: Pelakon, Datin Atikah Suhaime tampil menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Datuk Lokman Teh untuk menghargai segala pengorbanannya dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Menurut Atikah, dia sangat bangga dan kagum akan usaha keras suaminya dalam mengendalikan banyak perkara demi menyara keluarga tercinta tanpa mengenal erti putus asa dan penat lelah.
“Buat suami, awak telah buat yang terbaik. Saya dan Mulan sangat bangga dengan awak. Tolong jangan terlalu memaksa diri kamu.
“Orang lelaki ini, mereka simpan (sembunyikan) selagi boleh mahu tunjuk kuat. Tapi saya terkejut bila tengok rupa-rupanya suami saya kendalikan banyak benda seorang diri.
“Kalau saya, mungkin sudah terlalu penat, menangis-nangis marah orang. Saya sayang awak, suami,” katanya di Threads.
Dalam masa sama, aktres kelahiran Singapura itu turut menasihati para isteri yang lain agar menghargai pengorbanan suami dengan mengucapkan terima kasih buat mereka.
“Kepada isteri-isteri, jangan lupa peluk cium suami dan ucapkan terima kasih kepadanya hari ini,” kongsinya.
Tersentuh dengan perkongsian tersebut, rata-rata golongan wanita yang sudah bergelar isteri tampil memberikan pelbagai respons di ruangan komen.
Untuk info, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lyla Mulan Teh.
The post Orang lelaki ini, selagi boleh mahu tunjuk kuat – Atikah Suhaime appeared first on Utusan Malaysia.

