“Orang Melayu Boleh Pilih Antara Melayu Penjenayah Dan Orang Melayu Bebas Kes Jenayah” – Tun M

Politics
18 Oct 2022 • 11:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hangat diperkatakan di media sosial kini mengenai isu politik terutamanya hal pilihan raya umum yang bakal datang.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir ada menegaskan bahawa rakyat terutamanya kaum melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu.

Melayu penjenayah atau bebas kes?

image is not available

Menerusi ciapan Tun Dr Mahathir sendiri di Twitter, masyarakat boleh memilih sama ada ‘Melayu penjenayah’ dalam parti UMNO atau Melayu yang bebas dari sebarang kes jenayah daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Masalah orang Melayu, terutama kemiskinan dan kehilangan tanah, menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang. – Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir juga memberi jaminan bahawa keluhuran undang-undang dan kebajikan rakyat akan dihormati dan dititikberatkan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.